Selamat datang

Selamat datang ke Wolfson - Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Pembuatan, dan terima kasih kerana memohon untuk mempelajari salah satu program ijazah sarjana muda kami.

Universiti Loughborough dianggap sebagai salah satu institusi terbaik di UK untuk ijazah yang berkaitan dengan Kejuruteraan Elektrik, Pembuatan atau Mekanikal. Semua ijazah kami diakredit oleh institusi kejuruteraan profesional di bawah lesen Majlis Kejuruteraan UK.

Reputasi kami untuk pengajaran dan penyelidikan perintis dan topik semasa dibina berdasarkan sejarah yang kaya dan berjaya, daripada pengalaman kursus kami sejak tahun 1909. Dengan memilih Loughborough sebagai destinasi pelajaran anda, anda akan dapat manfaat dari pengalaman yang kaya dan kepakaran yang diperolehi oleh 100+ tahun kecemerlangan di seluruh sekolah.

Ijazah kami bertumpu kepada industri, didorong oleh penyelidikan dan melebihi taraf industri. Mereka menawarkan kemahiran akademik dan praktikal kelas pertama beserta dengan kesedaran komersial dan industri, untuk memastikan anda akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan pakar yang diperlukan untuk mempunyai kerjaya yang berjaya dan berkesan dalam bidang kejuruteraan.

Seperti kebanyakan pelajar kami setiap tahun, anda boleh memilih untuk bekerja selama setahun dalam industri sama ada di UK atau seluruh dunia sebagai sebahagian daripada ijazah anda. Ini akan memberi anda peluang untuk mendapatkan pengalaman kerja yang penting dalam persekitaran profesional, meningkatkan peluang pekerjaan selapas tamat perlajaran ijazah anda. Kami mempunyai pertalian dengan beberatus syarikat di UK dan di seluruh dunia.

Kami berharap laman web ini dan hari lawatan jemput akan membantu anda dengan pilihan universiti dan ijazah anda.